Berita Berita
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat

PORT DICKSON 20 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa satu pengumuman besar akan dibuat minggu hadapan bagi meredakan keresahan rakyat, khususnya golongan bawahan.
Menurut beliau, langkah tersebut sedang dirangka bersama pegawai kewangan, ekonomi dan Jemaah Menteri bagi memastikan bantuan yang diumumkan benar-benar memberi kesan positif kepada rakyat.
“Walaupun pelbagai langkah telah diambil, kita tetap mendengar keluhan rakyat.
“Dari segi makroekonomi, keadaan ekonomi negara adalah baik, kadar inflasi dan pengangguran rendah, namun di peringkat bawah masih wujud sedikit kegelisahan,” katanya ketika berucap di Dataran Kampung Pachitan di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta barisan menteri antaranya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Anwar dan isteri turut hadir ke Kenduri Rakyat Kampung Pachitan sempena Program Ukhwah Kepimpinan Madani dan Pemukiman Anggota Pentadbiran serta Ahli Parlimen Kerajaan Madani.
Menurut Anwar, Kerajaan Madani sentiasa mengambil pendekatan mendengar suara rakyat dan mencari penyelesaian bagi meringankan beban sara hidup yang dihadapi.
“Kita sebagai kerajaan yang prihatin, apabila terdengar keresahan rakyat dari bawah, kita akan cuba meringankannya,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan Baharu Fasa Satu di Kampung Pachitan yang dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat. – Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:47 pm
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi
July 20, 2025, 2:28 pm
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm