Berita Berita
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi

KUALA LUMPUR 20 Julai – Empat kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 1 tengah hari tadi, melibatkan dua kawasan di Selangor serta masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Putrajaya.
Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan tertinggi dengan IPU 164, diikuti Johan Setia (154) dan Banting (154) di Selangor. Sementara itu, Putrajaya turut merekodkan IPU tidak sihat pada kadar 119.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 58 kawasan lain menunjukkan bacaan sederhana (51–100) termasuk Temerloh, Pahang (99); Alor Gajah, Melaka (98) dan Cheras, Kuala Lumpur (96).
Hanya enam kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU baik, iaitu empat di Sarawak dan dua di Sabah. Sri Aman merekodkan IPU terendah pada tahap 37 diikuti Samarahan (42) dan Sibu (46).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala melebihi 300 dianggap berbahaya. Data ini dikemas kini setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan di seluruh negara.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan jerebu rentas sempadan kini melanda beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung. Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis imej satelit NOAA-20 oleh Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia. – Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:38 pm
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat
July 20, 2025, 2:28 pm
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm