Berita Sukan
Azzmi puas hati prestasi pemain muda KDA FC, tekad terus perbaiki serangan
KUBANG PASU 4 Ogos – Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Azzmi Abd Aziz, menegaskan perjalanan pasukannya dalam Liga A1 Semi Pro 2025/2026 masih panjang meskipun mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Machan FC di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu, petang semalam.
Menurut Azzmi, kemenangan itu adalah hasil usaha padu barisan pemain muda yang kebanyakannya didaftarkan pada saat akhir, termasuk daripada skuad Piala Presiden, Belia dan bawah 23 tahun.
“Kita bermula agak sukar, tetapi mereka buktikan mampu bersaing. Walaupun menang, proses pembelajaran mereka masih berjalan,” katanya.
Gol tunggal perlawanan hadir seawal minit kelima menerusi tandukan ketua pasukan Zamri Pin Ramli hasil hantaran sudut kemas.
Azzmi memuji keteguhan pertahanan serta disiplin taktikal pemain yang berjaya mengawal tekanan lawan, walaupun cuaca panas menyukarkan pergerakan. Beliau menyifatkan perlawanan ini sebagai platform penting untuk pemain menyesuaikan diri dalam suasana kompetitif dengan sokongan padu penyokong.
“Majoriti pemain kita berumur sekitar 21 tahun. Ini pengalaman berharga buat mereka dan saya harap keyakinan akan bertambah dari satu perlawanan ke perlawanan lain. Serangan masih ada ruang untuk diperbaiki,” ujarnya.
Azzmi turut mengakui kekuatan Machan FC yang memiliki pemain berkualiti serta hantaran berbahaya ke dalam kotak penalti.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Machan FC, Mohd Shukri Ismail, mengakui kelekaan awal menjadi punca kekalahan pasukan.
“Kami berjaya hasilkan sekurang-kurangnya tiga percubaan terbaik, tetapi semuanya sekadar menggegar tiang gol,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 17, 2026, 5:16 pm
Sepanyol mungkin hilang khidmat Lamine Yamal di pentas final?
July 17, 2026, 4:47 pm
JDT ikat gergasi Scotland Rangers FC 2-2 pada aksi pramusim di Sepanyol
July 17, 2026, 11:12 am
Dua jaringan Bergson hampir buat gergasi Scotland terduduk
July 16, 2026, 11:54 am
Selamat tinggal Noor Al-Rawabdeh, Selangor umum Peter Makrillos sebagai jeneral baharu
July 16, 2026, 6:02 am
Messi arkitek kebangkitan luar biasa Argentina mara ke final Piala Dunia 2026
July 15, 2026, 6:58 pm
Pernah buntu tuntut hutang RM108,000 dari KDA FC, Rosle Md Derus meninggal dunia
July 15, 2026, 5:31 am
Sepanyol mara ke final Piala Dunia 2026 lepas kunci Mbappe
July 12, 2026, 9:38 am
Bellingham bertaraf dunia!
July 10, 2026, 7:15 am
