Berita Dunia
Curi wang peniaga Thailand, wanita Malaysia ditahan ketika sedang berurut di Betong
BETONG 5 Ogos – Seorang wanita warga Malaysia ditahan selepas disyaki mencuri wang tunai lebih 30,000 baht (RM3,900) daripada beg tangan milik seorang peniaga tempatan, semalam.
Suspek berusia 55 tahun itu dicekup ketika sedang berurut di sebuah premis di sini kira-kira jam 2 petang, beberapa jam selepas dilaporkan melakukan jenayah tersebut di kedai milik Yukjen Saejen, 74, berhampiran Terowong Piyamit di Mukim Tanae Marae.
Pegawai Penyiasat Polis Daerah Betong, Leftenan Kolonel Phonchai Chuwanon berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 12 tengah hari daripada mangsa yang menyedari kehilangan wang tunai disimpan dalam beg tangan di dalam premis.
“Siasatan awal mendapati suspek memasuki kedai mangsa dan mengambil beg tangan berisi lebih 30,000 baht sebelum melarikan diri. CCTV menunjukkan dia membuang beg tangan itu di bawah pokok kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis kemudian bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Betong bagi menyekat suspek daripada melarikan diri pulang ke Malaysia.
“Melalui jejak rakaman CCTV, polis berjaya mengesan lokasi suspek dan menahannya di sebuah kedai urut pada jam 2 petang. Turut dirampas wang tunai 38,000 baht (RM4,900) dalam mata wang Thailand dan Malaysia,” katanya lagi. – Media Telus
Berita berkaitan
July 14, 2026, 6:56 pm
Houthi Yaman lancarkan peluru berpandu ke arah Arab Saudi
July 14, 2026, 10:01 am
Masuk tandas cari perlindungan, 27 maut di kelab malam
July 10, 2026, 4:15 pm
Anak kandung sakit mental mengaku tikam warga emas sehingga maut
July 2, 2026, 9:13 pm
Sembilan sami Buddha maut lepas dirempuh kanak-kanak 11 tahun pandu trak pikap
July 2, 2026, 12:24 pm
Bapa hantuk kepala lepas impian anak jadi doktor musnah
July 2, 2026, 10:36 am
Bumbung uzur pusat tuisyen runtuh, 15 termasuk 14 kanak-kanak maut
July 1, 2026, 12:15 pm
Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, pengasas Gojek dihukum penjara 10 tahun kes rasuah
June 29, 2026, 7:24 pm
Bapa sanggup maafkan teman wanita lepas belasah anak 18 bulan hingga mati
June 29, 2026, 2:29 pm
