Berita Berita
DAPSY gesa Dr Akmal mohon maaf hina komuniti OKU
KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Pemimpin Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Yap Yee Vonne menggesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh agar memohon maaf secara terbuka kepada komuniti orang kelainan upaya (OKU) susulan kenyataannya yang dianggap menghina golongan tersebut.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Yee Vonne berkata kenyataan Dr Akmal yang meminta agar diberikan “cermin dan kad OKU” kepada pihak tertentu merupakan satu penghinaan terbuka terhadap komuniti OKU.
“Adakah Akmal cuba menyatakan bahawa golongan OKU ini kurang bernilai, kurang layak, atau kurang berupaya? Jika tiada perkara yang sopan atau membina untuk dikatakan, lebih baik diam.
“Sebagai seorang pemimpin, setiap patah kata membawa makna dan kesan. Kenapa memilih untuk menghina dan merendahkan keseluruhan komuniti dengan cara seperti ini?” soalnya.
Menurutnya, sebagai seorang doktor perubatan, Dr Akmal sepatutnya lebih memahami bahawa ketidakupayaan adalah satu keadaan, bukan pilihan hidup.
“Komuniti OKU di Malaysia telah mencipta pelbagai kejayaan – daripada pingat emas di Sukan Paralimpik ke kejohanan antarabangsa. Saya sendiri bekerja dengan rakan sekerja pemegang kad OKU yang mengetuai program kemasyarakatan dengan penuh dedikasi,” katanya.
Tambah beliau, sektor awam dan swasta kini giat mempromosikan keterangkuman serta berusaha menghapuskan stigma terhadap ketidakupayaan menerusi pelbagai inisiatif berkaitan infrastruktur, peluang pekerjaan, akses pendidikan dan representasi.
“Sebagai anggota kerajaan negeri, Akmal seharusnya mendokong keterangkuman, bukannya mengukuhkan stereotaip. Pandangan seperti ini amat membimbangkan.
“Bagaimana rakyat boleh percaya kepada beliau untuk merangka dasar yang adil dan inklusif kepada semua – termasuk golongan kurang upaya?” katanya lagi.
Yee Vonne turut menyentuh isu bendera Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.
“Jika ada kecuaian, biarlah undang-undang yang menyelesaikannya. Tiada keperluan untuk membakar sentimen perkauman atau mengambil kesempatan politik secara tidak wajar,” katanya.
Terdahulu, Dr Akmal menerusi satu hantaran di Facebook menyelar pihak yang mempertikaikan tindakannya dalam isu bendera terbalik itu dengan menulis:
“Tolong bagi mereka ini (DAPSY) cermin dan kad OKU sekali. Malas nak taip panjang-panjang dah, sebab bebal sangat nak faham.”
– Media Telus
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:48 pm
PN mula susun langkah tawan Putrajaya pada PRU16 melalui pertemuan Muhyiddin-Hadi
April 15, 2026, 9:40 pm
Krisis tenaga global, sekatan Selat Hormuz jadi agenda utama pertemuan Anwar-Albanese
April 15, 2026, 9:28 pm
Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
April 15, 2026, 9:24 pm
Dua kapal tangki Malaysia terkandas di Selat Hormuz dijangka tiba mulai Jumaat
April 15, 2026, 9:21 pm
Mekanik parah ditetak: Suspek positif dadah, ada 13 rekod lampau ditahan
April 15, 2026, 9:11 pm
26 tong cecair misteri di ladang sawit Jempol
April 15, 2026, 9:05 pm
Mat Sabu sanggah fitnah kerajaan tak bayar bantuan pesawah
April 15, 2026, 8:52 pm
Polis cari saksi kemalangan motosikal, kereta di Taman Kajang Impian
April 15, 2026, 8:42 pm
Warga emas maut terjatuh kerusi di kelab rekreasi akibat saluran darah pecah
April 15, 2026, 8:40 pm
