Berita Berita
Enam Ahli Parlimen Bersatu masih dalam blok pembangkang – Speaker
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan bahawa enam Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa menyokong kerajaan masih dianggap berada dalam blok pembangkang selagi tiada pengesahan rasmi diterima.
Penegasan itu dibuat susulan pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta penjelasan mengenai status keenam-enam wakil rakyat terbabit yang dikatakan berpihak kepada kerajaan.
“Tidak ada satu ayat pun yang ditulis kepada saya. Selagi mereka tidak nyatakan secara hitam putih bahawa mereka keluar dan menyertai mana-mana blok lain, saya tidak boleh buat keputusan sesuka hati,” kata Johari di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau, berdasarkan rekod pengundian, kesemua mereka masih mengundi seiring dengan pembangkang dan berhak melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen seperti biasa.
“Kalau saya buat keputusan tanpa asas, itu tidak adil kepada mereka. Saya berlaku adil. Mereka masih sebahagian daripada rumah ini,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pula bangkit bertanyakan sama ada Speaker mengiktiraf mereka sebagai penyokong kerajaan.
Namun Johari menegaskan beliau tidak pernah membuat pengiktirafan tersebut.
“Saya tak kata mereka menyokong kerajaan. Saya cuma ikut peraturan sedia ada. Selagi tiada surat rasmi atau pengakuan, saya kekalkan kedudukan mereka seperti sediakala,” ujarnya.
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dikaitkan dengan sokongan kepada kerajaan ialah:
-
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang)
-
Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan)
-
Zahari Kechik (Jeli)
-
Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang)
-
Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar)
-
Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang)
– Media Telus
Berita berkaitan
August 10, 2026, 9:03 pm
Rafizi dakwa kerajaan Madani belum lunaskan komitmen RM12.5 bilion kepada Tabung Haji
August 10, 2026, 8:36 pm
Wong Chen letak jawatan ahli parlimen, PRK Subang bakal menyusul
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
