Berita Berita
Wanita tipu jualan minyak masak subsidi untuk bayar hutang
LAHAD DATU 6 Ogos – Seorang wanita bukan warganegara ditahan selepas disyaki menipu orang ramai melalui tawaran jualan minyak masak subsidi dalam kuantiti besar yang tidak wujud.
Suspek dipercayai menawarkan harga menarik kepada pelanggan, namun setelah menerima bayaran, bekalan minyak masak langsung tidak dihantar seperti dijanjikan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu selepas menerima laporan daripada beberapa mangsa.
“Siasatan awal mendapati suspek menggunakan wang yang diperoleh untuk melangsaikan hutang peribadi, bukan untuk membeli atau membekalkan minyak masak seperti dipersetujui,” katanya.
Tambah beliau, lebih mengejutkan apabila suspek tidak memiliki Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
“Kes seperti ini dipandang serius kerana ia melibatkan barangan keperluan asas rakyat dan penyalahgunaan barang kawalan bersubsidi untuk tujuan peribadi,” jelas Dzulbaharin.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan tawaran jualan luar biasa, khususnya membabitkan barangan kawalan tanpa lesen sah atau secara dalam talian. – Media Telus
Berita berkaitan
June 6, 2026, 6:43 pm
Jaslinda hilang lebih dua minggu ditemui selamat oleh penduduk Orang Asli
June 6, 2026, 5:07 pm
Budak jumpa mayat lelaki dalam longkang dipercayai mangsa langgar lari di Tasek Gelugor
June 6, 2026, 2:39 pm
Zahid jumpa MCA, MIC esok muktamad agihan kerusi PRN Johor
June 6, 2026, 12:10 pm
Krisis Negeri Sembilan: Dari perebutan sokongan hingga DUN dibubar, apa sebenarnya berlaku?
June 5, 2026, 8:34 pm
