Berita Dunia
Risau ada kaitan dengan China, Trump desak CEO Intel kelahiran Malaysia, Lip-Bu Tan letak jawatan
WASHINGTON 8 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel, Lip-Bu Tan, supaya meletakkan jawatan serta-merta susulan dakwaan hubungan rapat beliau dengan China yang dibangkitkan oleh seorang senator Republikan.
Tan, 65, warga kelahiran Malaysia yang sebelum ini mengetuai syarikat pembangunan cip Cadence, dilantik menerajui Intel pada Mac lalu selepas pencarian berbulan-bulan bagi menggantikan tampuk kepimpinan syarikat tersebut.
Senator Republikan, Tom Cotton mendakwa ketika Tan menerajui Cadence, syarikat itu telah menjual produk secara haram kepada sebuah universiti tentera di China serta menyalurkan teknologi kepada sebuah syarikat negara itu. Tambahan pula, terdapat laporan bahawa Tan mengawal puluhan syarikat di China.
Cotton memberikan tempoh kepada lembaga pengarah Intel sehingga pertengahan Ogos untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut. Desakan itu kini turut disokong Trump yang menyifatkan Tan mempunyai "konflik kepentingan yang serius".
“Tiada penyelesaian lain bagi masalah ini. Beliau mesti meletakkan jawatan serta-merta,” kata Trump menerusi platform Truth Social.
Intel, yang suatu ketika dahulu mendominasi industri cip dunia, kini bergelut untuk kembali bersaing dalam pasaran selepas gagal menguasai segmen peranti mudah alih dan kecerdasan buatan (AI). Pesaing seperti Qualcomm dan TSMC kini mendominasi pasaran cip telefon pintar, manakala Nvidia berada di hadapan dalam teknologi AI.
Tan mula menerajui Intel ketika syarikat itu berdepan tekanan berat termasuk pengurangan tenaga kerja dan gangguan pasaran akibat sekatan eksport dan tarif yang dikenakan oleh kerajaan AS terhadap China.
Beliau sebelum ini mengakui cabaran yang dihadapi Intel adalah besar, dan ia bukan satu perjalanan yang mudah untuk memulihkan kedudukan syarikat itu yang suatu ketika dahulu menjadi ikon di Lembah Silicon.
Kini, Intel bukan sahaja perlu bersaing dengan pemain gergasi Asia seperti TSMC dan Samsung dalam pasaran semikonduktor berasaskan tempahan, malah perlu mengejar kemajuan teknologi yang dipelopori oleh Nvidia dalam bidang AI.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 8:45 pm
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
