Berita Berita
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
BUTTERWORTH, 9 Ogos – Seorang lelaki warga Vietnam bertindak nekad menjadikan bayi berusia 11 bulan sebagai tebusan sambil mengacukan pisau ketika cuba melarikan diri selepas dikesan mencuri makanan laut di sebuah pasar raya, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.45 tengah hari apabila suspek cuba membawa keluar makanan laut yang telah ditimbang tanpa membuat bayaran.
“Suspek pada mulanya berjaya ditangkap, namun dia melepaskan diri sebelum menarik bayi lelaki yang sedang didukung ibunya. Berlaku pergelutan antara suspek, mangsa dan orang awam di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Suspek akhirnya berjaya diberkas oleh pengadu dengan bantuan pekerja pasar raya dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.
Beliau berkata, lelaki itu akan direman esok dan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (mencuri dalam bangunan), Seksyen 324 (mendatangkan kecederaan) serta Seksyen 506 (ugutan jenayah).
Terdahulu, video insiden berkenaan tular di media sosial memaparkan detik cemas bayi berkenaan hampir dilarikan, selain beberapa pengawal keselamatan dan orang awam mengalami kecederaan ketika cuba menahan suspek. - Media Telus
Berita berkaitan
March 8, 2026, 2:57 pm
Mengingati MH370, 8 Mac, pencarian 12 tahun masih belum terjawab
March 8, 2026, 12:42 pm
Penumpang pikap maut dirempuh bas ekspres di Pekan
March 8, 2026, 12:28 pm
Suspek serang Zamri Vinoth direman 4 hari, polis buru beberapa individu lagi
March 8, 2026, 11:00 am
Jaga-jaga, JPJ guna dron ‘Zoom’ 200 kali kesan pesalah trafik hari raya ini
March 8, 2026, 9:58 am
PM ucap tahniah Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026, Azizulhasni raih emas Keirin
March 8, 2026, 8:50 am
Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac di UAE, Ramadan cukup 30 hari
March 7, 2026, 11:34 pm
Dua pegawai kanan, seorang anggota polis antara enam ditahan kes samun berkumpulan di Gombak
March 7, 2026, 8:51 pm
'Jangan politikkan kes hina al-Quran, beri ruang mahkamah tentukan' – Sivakumar
March 7, 2026, 6:51 pm
