Berita Berita
'Jangan pukul rata semua pencarum tak tahu urus kewangan' - PGIRM bantah cadangan KWSP wujud akaun persaraan dan akaun pencen
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Persatuan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menzahirkan bantahan keras terhadap cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk mewujudkan mekanisme Akaun Persaraan dan Akaun Pencen yang dijangka dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Presidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata cadangan itu dilihat sebagai langkah yang menindas pencarum kerana ia menghadkan pengeluaran penuh simpanan persaraan pada usia 55 tahun, sebaliknya memaksa mereka menerima bayaran secara berpencen tanpa diberikan pilihan.
“Jangan dipukul rata bahawa semua 16 juta pencarum tidak tahu menguruskan kewangan persaraan mereka hanya kerana segelintir yang kurang bijak berbelanja. Ini tidak adil dan kami menerima banyak aduan yang membantah cadangan tersebut,” tegasnya.
Beliau turut memaklumkan PGIRM akan melancarkan satu deklarasi tandatangan seluruh negara bagi menolak cadangan berkenaan dan mendesak KWSP serta MOF mempertimbangkan pandangan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.
Azmi menambah, sekiranya cadangan dua akaun itu tetap dilaksanakan, pihaknya menuntut supaya pencarum yang terdesak dibenarkan mengeluarkan 50 peratus daripada Akaun Persaraan mereka sekarang bagi menyelesaikan masalah kewangan, dengan baki disalurkan melalui bayaran bulanan.
Cadangan ini, katanya, hanya terpakai untuk pencarum berusia 31 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM20,000 dalam Akaun 1.
“Kami berharap pihak KWSP dan MOF dapat memperhalusi cadangan ini secara tuntas dan tidak melaksanakan dasar tanpa mendengar suara rakyat,” ujarnya. – Media Telus
Berita berkaitan
May 11, 2026, 9:56 am
Azam Baki dedah hidup KP SPRM ada lebih ramai musuh berbanding kawan
May 11, 2026, 7:57 am
'Muhasabahlah diri, orang Melayu tak boleh hanya tunggu dibantu' - Bekas CEO Proton
May 10, 2026, 9:10 pm
Kerajaan setuju teliti semula subsidi RON95 untuk golongan T20 - Anwar
May 10, 2026, 7:09 pm
Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga maut di Kota Bharu
May 10, 2026, 3:39 pm
Bekas pembantu khas Teresa Kok dijangka didakwa kes rasuah RM500,000 di mahkamah esok
May 10, 2026, 10:49 am
