Berita Politik
Armada harap parti komponen PN hormati keputusan calonkan Muhyiddin sebagai PM ke-11
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dapat menghormati keputusan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11.
Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, cadangan itu yang dipersetujui sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu turut menjadi antara keputusan utama yang dicapai dalam PAT Armada.
Menurutnya, usul berkenaan akan dibawa ke Majlis Presiden PN untuk dipertimbangkan dan diputuskan secara rasmi.
“Selain isu kepimpinan nasional, PAT Armada juga meluluskan penubuhan Majlis Perunding Kebijakan Armada yang akan melibatkan golongan profesional muda daripada pelbagai kaum. Jawatankuasa ini akan berperanan merangka dasar serta polisi berkaitan kepentingan anak muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Harris berkata, Armada turut merancang mengadakan jelajah libat urus bersama pelbagai segmen anak muda di seluruh negara bermula Oktober depan bagi memastikan suara golongan itu terus diberi perhatian.
Dalam masa sama, katanya lagi, Briged Armada akan memperkukuh persiapan menghadapi musim banjir termasuk pembelian aset, peralatan menyelamat serta pengukuhan jentera bantuan kemanusiaan.
“Armada juga memberi tumpuan serius kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Gerak kerja lapangan akan dimulakan secara intensif di kawasan-kawasan tumpuan yang berpotensi memberi kemenangan kepada PN,” ujarnya.
PAT Bersatu yang berakhir Ahad lalu turut meluluskan usul menamakan Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Pagoh, sebagai calon Perdana Menteri ke-11 daripada parti itu.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum ini menegaskan bahawa usul tersebut juga mencerminkan sokongan penuh ahli parti terhadap kepimpinan Muhyiddin.
Untuk rekod, Muhyiddin pernah menjadi Perdana Menteri kelapan Malaysia dari 1 Mac 2020 hingga 21 Ogos 2021, namun pentadbirannya hanya bertahan 16 bulan selepas beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik sokongan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 8, 2026, 11:53 am
'Rakyat akan undi siapa yang buat kerja, bukan lagi parti' – Mat Sabu
May 5, 2026, 11:58 am
PH, UMNO jumpa malam ini bincang tentang PRN, kemelut Negeri Sembilan
May 4, 2026, 6:18 pm
PRN Johor: PN sasar bertanding kesemua 56 kerusi, tidak tolak kerjasama dengan MUDA
May 3, 2026, 10:34 am
Ahmad Zahid bayangkan BN bertanding solo tanpa rakan gabungan pada PRU16
May 2, 2026, 6:06 pm
'Saya bukan budak catur sesiapa, saya budak UMNO' - Dr Akmal
May 2, 2026, 12:06 pm
UMNO rekod 13,954 ahli baharu melalui pendaftaran dalam talian
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
