Berita Dunia
Angka korban banjir cecah 9 orang, Bali isytihar darurat bencana
DENPASAR, 11 Sept – Kerajaan Provinsi Bali bersama Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) mengisytiharkan status darurat bencana selama seminggu berikutan banjir yang mengorbankan sembilan nyawa di beberapa wilayah sejak Selasa.
Ketua BNPB, Letjen TNI Suharyanto berkata, meskipun cadangan awal status darurat adalah dua minggu, ia dipinda kepada tujuh hari selepas penilaian mendapati keadaan tidak berada pada tahap terlalu serius.
“Status ini bukan bermaksud situasi sangat genting, tetapi ia diperlukan supaya kerajaan pusat dapat menyalurkan bantuan segera kepada daerah terlibat. Antara syarat bantuan adalah adanya pengisytiharan darurat atau siaga darurat oleh kerajaan tempatan,” katanya pada sidang akhbar.
Menurut data BNPB, sembilan mangsa yang terkorban membabitkan lima orang di Denpasar, dua di Jembrana, seorang di Gianyar dan seorang lagi di Badung.
Secara keseluruhan, seramai 202 keluarga atau 620 penduduk terjejas akibat banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan.
Wilayah yang terkesan termasuk Denpasar, Jembrana, Gianyar, Klungkung, Badung dan Tabanan.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 8:45 pm
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
