Berita Jenayah
Mangsa bunuh di Yan ditikam, dikelar hingga 28 Kali
GUAR CHEMPEDAK 14 Sept – Polis Kedah mengesahkan kedua-dua mangsa bunuh di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan, pada Khamis lalu, mengalami kecederaan tikaman dan kelaran yang sangat serius menggunakan senjata tajam.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, siasatan mendapati mangsa wanita ditikam dan dikelar sebanyak 20 kali, manakala mangsa lelaki menerima lapan tikaman dan kelaran.
“Bedah siasat menunjukkan mangsa wanita cedera parah di dada, leher, tangan dan kaki, dengan punca kematian disebabkan tikaman di bahagian dada.
“Mangsa lelaki pula cedera di dada, leher dan belakang badan, dengan punca kematian akibat tikaman di leher,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Kedua-dua mangsa ditemui maut dalam kejadian malam Khamis lalu; wanita ditemukan dalam sebuah kereta, manakala lelaki terbaring di atas jalan berhampiran.
Kes bunuh kejam ini kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 11:19 am
Polis siasat dakwaan tadika di Langkawi abai kanak-kanak, didakwa kunci dalam tandas
July 15, 2026, 3:31 pm
"Raba kemaluan depan wanita" – Warga asing ditahan orang awam di taman permainan Cyberjaya
July 14, 2026, 2:13 pm
Kes jenayah libat warga Rohingya meningkat di Kedah
July 13, 2026, 2:15 pm
Pengkritik bola sepak patah tulang mata lepas dipukul 2 suspek tak dikenali
July 7, 2026, 9:46 am
Bawa lima warga Myanmar, pemandu BMW rempuh tangki air lepas lari sekatan jalan raya
July 5, 2026, 1:43 pm
Tujuan hadiri majlis kahwin, 2 lelaki ditahan miliki cecair disyaki air ketum
July 5, 2026, 10:57 am
