Berita Berita
Kampung Sungai Baru: Kerajaan tak boleh lepas tangan, walau punca dari PN
KUALA LUMPUR 15 Sept - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai tanggungjawab moral dan undang-undang untuk membantu penduduk Kampung Sungai Baru yang kehilangan kediaman selepas perobohan rumah mereka pada 11 September lalu.
Menurut beliau, kerajaan tidak boleh sekadar ‘cuci tangan’ dalam isu itu walaupun puncanya daripada pentadbiran terdahulu di bawah Perikatan Nasional (PN).
“Kerajaan yang ada sekarang terpaksa memikul tanggungjawab akibat tindakan kerajaan yang lalu. Dalam hal ini, dari segi moral, Kerajaan Madani perlu bertindak proaktif membantu semua penduduk Kampung Sungai Baru, sama ada yang kehilangan rumah atau kini menyewa di rumah transit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hassan turut menggesa Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri membantu penduduk memastikan beberapa persoalan undang-undang dijawab.
“Pertama, adakah sah pihak pemaju dengan kerjasama bailif mahkamah merobohkan rumah penduduk hanya berdasarkan perintah ex-parte oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, sedangkan rayuan sudah difailkan dan ditetapkan perbicaraan pada 3 Oktober ini?
“Kedua, tindakan itu jelas bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat terhadap harta mereka. Penduduk perlu diberi ruang secukupnya untuk mempertahankan rumah masing-masing selagi kes masih berjalan,” katanya.
Beliau menegaskan, kesilapan juga berlaku apabila mahkamah terlalu terburu-buru memberi izin perobohan walaupun pihak bailif mengetahui rayuan sudah ditetapkan.
“Selain itu, Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah hanya boleh digunakan bagi kes setinggan yang menceroboh tanah. Tetapi penduduk Kampung Sungai Baru bukan setinggan – mereka memiliki geran atau surat hak milik yang sah,” ujarnya.
Hassan menyifatkan tindakan menggunakan kekerasan dengan memecah masuk serta merobohkan rumah milik sah penduduk bercanggah dengan prinsip keadilan.
“Penglibatan pegawai mahkamah dalam hal ini amat dikesali. Saya menyeru Perdana Menteri segera membantu rakyat biasa Kampung Sungai Baru yang menjadi mangsa ketidakadilan,” tegasnya.
Berita berkaitan
May 11, 2026, 11:22 am
PN ucap tahniah atas kemenangan 'Thalapathy' Vijay di Tamil Nadu
May 11, 2026, 11:02 am
Kastam KLIA tumpaskan penyeludupan bernilai RM1.19 juta, empat kes dikesan
May 11, 2026, 9:56 am
Azam Baki dedah hidup KP SPRM ada lebih ramai musuh berbanding kawan
May 11, 2026, 7:57 am
'Muhasabahlah diri, orang Melayu tak boleh hanya tunggu dibantu' - Bekas CEO Proton
May 10, 2026, 9:10 pm
Kerajaan setuju teliti semula subsidi RON95 untuk golongan T20 - Anwar
May 10, 2026, 7:09 pm
Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga maut di Kota Bharu
May 10, 2026, 3:39 pm
