Berita Berita
11 parah, pesakit strok maut, ambulans dinaiki bertembung van
KINABATANGAN 15 Sept - Seorang pesakit strok maut selepas ambulans yang membawanya bertembung dengan sebuah van di Jalan Kampung Paris 1, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika ambulans dalam perjalanan dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
“Ambulans berkenaan membawa seorang pesakit strok bersama seorang doktor, jururawat, pemandu dan pemandu kedua. Nahas berlaku apabila sebuah van memasuki laluan bertentangan di kawasan selekoh sebelum bertembung dengan ambulans.
“Pesakit terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala 11 individu lain iaitu empat dalam ambulans dan tujuh dalam van cedera,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Semua mangsa yang cedera kini dirawat di zon hijau Hospital Kinabatangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 4:27 pm
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja bawah umur di Kangar, mengaku tidak bersalah
July 17, 2026, 4:24 pm
Anwar bersyukur kadar inflasi negara terus mereda meskipun berdepan suasana pilihan raya
July 17, 2026, 4:19 pm
'Apakah Kerajaan Perpaduan akan tinggal sejarah?' - Mat Sabu persoal hala tuju BN
July 17, 2026, 3:42 pm
Remaja Rohingya tergamak campak bayi baru lahir dari tingkap hotel di JB
July 17, 2026, 3:24 pm
'Kes buli di sekolah sudah jadi penyakit akhlak' - Anwar
July 17, 2026, 2:51 pm
'Saya tidak minta laluan mudah, cuma mahu dinilai atas usaha sendiri' - Nurul Hidayah
July 17, 2026, 2:20 pm
