Berita Jenayah
Pekerja pembersihan ditahan disyaki cabul kanak-kanak di tandas awam
KULAI 19 Sept. – Seorang pekerja pembersihan sambilan ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun sembilan bulan di sebuah tandas awam di Jalan Jambu Air, Taman Iris, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian itu dilaporkan nenek mangsa yang membuat laporan polis pada 14 September lalu, sekitar jam 9.29 malam.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam apabila mangsa didakwa dicabul seorang lelaki ketika berada di dalam tandas awam terbabit.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai berjaya menahan suspek di sekitar kawasan Kulai pada jam 5.45 petang, Khamis,” katanya dalam kenyataan.
Hasil semakan mendapati suspek berusia 32 tahun itu mempunyai tiga rekod lampau membabitkan jenayah seksual.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek terbabit dalam kes lain di daerah ini atau di kawasan lain.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pada Jumaat untuk permohonan reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” jelasnya. – Media Telus
Berita berkaitan
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
Ketua Geng Rames tumpas dalam penerbangan ke India hasil intipan Op Tiga
May 22, 2026, 4:21 pm
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
May 21, 2026, 8:54 pm
Kematian pegawai kanan JSJ Selangor diklasifikasi kes mati mengejut, tiada unsur jenayah
May 21, 2026, 8:42 pm
Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di hadapan kedai makan di Pekan Nanas
May 19, 2026, 11:05 am
