Berita Jenayah
Lelaki warga Malaysia berdepan hukuman mati, dicekup cuba seludup dadah lebih 3.8kg di Singapura
SINGAPURA 24 Sept – Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 37 tahun diberkas pihak berkuasa republik ini selepas dipercayai cuba menyeludup lebih 3.8 kilogram (kg) dadah melalui Pusat Pemeriksaan Tuas pada Sabtu lalu.
Menurut kenyataan bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Biro Narkotik Pusat (CNB), dadah yang dirampas terdiri daripada 1,908 gram heroin, 1,655g ganja dan 268g methamphetamine atau “Ice” dengan nilai dianggarkan melebihi S$394,000.
“Dadah yang dirampas itu berpotensi untuk menampung bekalan kira-kira 1,300 penagih selama seminggu. Siasatan sedang dijalankan,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pemeriksaan rapi, pegawai ICA terlebih dahulu mengarahkan kenderaan suspek untuk diperiksa sebelum menemukan dua bungkusan hitam disyaki dadah yang disorokkan dalam panel but belakang.
Pemeriksaan lanjut oleh pegawai CNB kemudian menemukan enam lagi bungkusan hitam di beberapa ruang tersembunyi dalam kereta berkenaan.
Mengikut Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, mana-mana individu yang mengimport atau mengeksport lebih 15g diamorfin (heroin tulen), 250g methamphetamine, atau 500g ganja ke/dari Singapura boleh berdepan hukuman mati.
Berita berkaitan
May 8, 2026, 2:11 pm
Operasi bersepadu di Cyberjaya: 13 warga asing ditahan di Menara Paragon
May 8, 2026, 12:29 pm
Polis serbu gudang ganja di Sepang, rampasan bernilai RM4.8 juta
May 6, 2026, 11:22 am
Pasangan remaja ditahan susulan cubaan gugur kandungan, sembunyi janin dalam kereta
May 5, 2026, 11:08 am
Warga emas maut ditetak jiran, suspek ada rekod rawatan mental ditahan
May 4, 2026, 9:16 am
Hina Sultan Selangor: Lelaki ditahan di Bukit Mertajam
May 2, 2026, 6:01 pm
Kanak-kanak 10 tahun maut, pemandu Hilux positif ganja rempuh laluan bertentangan
May 2, 2026, 12:09 pm
Penuntut kolej maut dengan 61 kesan tikaman, empat suspek ditahan
April 28, 2026, 1:36 pm
