Berita Jenayah
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
KUALA LUMPUR 25 Sept. – Polis menahan seorang pemandu e-hailing selepas tindakannya memandu secara melulu dan melanggar lampu isyarat merah hingga hampir merempuh seorang pejalan kaki di Jalan Sultan Hishamudin di sini, tular di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada jam 8.15 pagi semalam.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
“Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Bezza berkenaan melanggar lampu isyarat merah dari arah Jalan Kinabalu menuju ke Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka.
“Tindakan itu hampir menyebabkan seorang wanita yang sedang melintas di lintasan pejalan kaki dilanggar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267/0269, atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Terdahulu, rakaman video kejadian berdurasi 32 saat yang tular di TikTok memaparkan kereta terbabit hampir merempuh seorang pejalan kaki wanita hingga barang dibawanya terjatuh.
Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Media Telus
Berita berkaitan
November 11, 2025, 3:11 pm
Empat lelaki ditahan akibat bergaduh, rosakkan kereta dengan batang ekzos
November 11, 2025, 12:46 pm
Lelaki mati ditembak di stesen minyak Klang dikehendaki bawah SOSMA
November 5, 2025, 12:38 pm
Siram air panas, cucuh pemetik api pada kaki anak 9 tahun gara-gara hilangkan pensil warna
November 4, 2025, 3:46 pm
Wanita warga emas disamun dua lelaki di Kota Bharu, rugi RM50
November 3, 2025, 4:59 pm
Polis tumpas 'Geng Pipit', mesin ciplak nombor casis bongkar rangkaian curi motosikal
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
