Berita Dunia
Bekas Menteri Pertanian China dijatuhi hukuman mati kerana rasuah RM158 juta
BEIJING 29 Sept. – Bekas Menteri Pertanian China, Tang Renjian dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah berjumlah lebih 268 juta yuan (RM158 juta) antara tahun 2007 hingga 2024.
Mahkamah Rakyat Changchun di wilayah Jilin memutuskan bahawa kesalahan itu memberi kesan serius kepada kepentingan negara dan rakyat, justeru wajar dijatuhkan hukuman berat.
Renjian mengaku bersalah serta menyatakan penyesalan terhadap perbuatannya. Hukuman itu merupakan sebahagian daripada kempen antirasuah besar-besaran Presiden Xi Jinping yang menyaksikan ramai pemimpin kanan kerajaan tersingkir.
Sebelum ini, beberapa tokoh peringkat tinggi termasuk bekas Menteri Pertahanan, Li Shangfu dan Wei Fenghe turut disingkirkan selepas disiasat atas tuduhan sama.
Walaupun kempen tersebut dianggap berjaya memperkukuh tadbir urus, pengkritik melihatnya sebagai alat untuk memperluas kuasa Xi dan menyingkirkan pesaing politiknya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 7, 2026, 8:45 pm
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
