Berita Jenayah
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
KAJANG 29 Sept. – Seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai memotong secara berbahaya di Jalan Alam Sari, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan pada jam 1.30 tengah hari itu berlaku apabila motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan berlanggar dengan kereta terbabit.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan pemandu Myvi yang memandu secara melulu. Polis kini sedang mengesan suspek terbabit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan dan jarinya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM15,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Naazron turut meminta individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Zaharin Taib di talian 019-3126746 bagi membantu siasatan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
Ketua Geng Rames tumpas dalam penerbangan ke India hasil intipan Op Tiga
May 22, 2026, 4:21 pm
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
May 21, 2026, 8:54 pm
Kematian pegawai kanan JSJ Selangor diklasifikasi kes mati mengejut, tiada unsur jenayah
May 21, 2026, 8:42 pm
Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di hadapan kedai makan di Pekan Nanas
May 19, 2026, 11:05 am
