Berita Jenayah
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
KUALA LUMPUR 29 Sept. – Seorang pemilik syarikat yang menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan ditahan polis selepas dipercayai menipu pelanggan dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah lebih RM309,000.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima 11 laporan polis berhubung kes berkenaan melibatkan mangsa dari beberapa daerah.
“Daripada jumlah itu, tujuh laporan diterima di Gombak, dua di Sungai Buloh, satu di Ampang Jaya dan satu lagi di Sepang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan awal mendapati suspek adalah lelaki tempatan yang juga pemilik syarikat pakej perkahwinan. Modus operandinya dengan menawarkan pakej menarik, meminta bayaran penuh secara dalam talian, sebelum gagal dihubungi serta tidak menunaikan janji perkhidmatan.
“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek dan kemudian tampil membuat laporan polis,” jelas Shazeli.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, suspek sudah ditahan dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tawaran pakej perkahwinan dalam talian dan membuat semakan terhadap syarikat terlebih dahulu bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan. - Media Telus
Berita berkaitan
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
Ketua Geng Rames tumpas dalam penerbangan ke India hasil intipan Op Tiga
May 22, 2026, 4:21 pm
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
May 21, 2026, 8:54 pm
Kematian pegawai kanan JSJ Selangor diklasifikasi kes mati mengejut, tiada unsur jenayah
May 21, 2026, 8:42 pm
Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di hadapan kedai makan di Pekan Nanas
May 19, 2026, 11:05 am
