Berita Jenayah
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
SERDANG 30 Sept. – Polis menahan sembilan lelaki berusia 17 hingga 21 tahun bagi membantu siasatan insiden sekumpulan penunggang motosikal mengepung serta menyerang sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13 di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, semua suspek ditahan di sekitar Puchong dan Shah Alam.
“Polis turut merampas tiga buah motosikal. Kesemua individu ini akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, Selasa.
Terdahulu, media melaporkan polis sedang memburu kira-kira 20 penunggang motosikal disyaki terbabit dalam kejadian itu.
Dalam insiden kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu kereta terbabit iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, dikepung kumpulan berkenaan sebelum cermin dan pintu keretanya ditumbuk serta ditendang.
Mangsa yang ketakutan membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Rakaman video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal mengepung rapat kereta mangsa dari kedua-dua sisi dan hadapan, sebelum salah seorang daripadanya menumbuk cermin pemandu dan menendang pintu kereta. - Media Telus
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:16 pm
Polis siasat kematian pemuda OKU sebagai kes bunuh susulan keputusan bedah siasat
April 14, 2026, 10:12 am
Polis cari pemandu bas ekspres riba wanita ketika memandu
April 10, 2026, 11:52 am
Pemandu Myvi mabuk rempuh motosikal bawa kanak-kanak di Johor Bahru
April 10, 2026, 11:33 am
Lelaki cedera ditetak abang kandung guna parang di Johol
April 10, 2026, 9:26 am
Dua samun bersenjata dalam 24 jam di Nilai, polis buru lima lelaki
April 9, 2026, 2:03 pm
Op Hazard 3.0: 1.4 juta kg e-waste dirampas, 56 warga asing ditahan
April 9, 2026, 1:52 pm
Warga Korea dikehendaki kes penipuan RM9.4 juta ditahan di Horizon Hills
April 9, 2026, 10:36 am
