Berita Jenayah
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
SERDANG 1 Okt – Polis menahan dua lagi remaja lelaki berusia 16 tahun selepas disyaki terbabit dalam insiden mengejar dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi di Puchong, yang rakamannya tular di media sosial pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, salah seorang daripada mereka dipercayai memecahkan cermin belakang kereta mangsa.
“Dengan penahanan ini, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan meningkat kepada 11 orang, termasuk enam remaja bawah umur,” katanya.
Sebelum ini, seramai sembilan lelaki berusia 13 hingga 21 tahun ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Puchong dan Shah Alam. Mereka ditahan susulan laporan seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun yang menjadi mangsa insiden tersebut.
Polis turut merampas tiga motosikal yang dipercayai digunakan ketika kejadian. Semua suspek kini direman empat hari sehingga 3 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - Media Telus
Berita berkaitan
August 10, 2026, 12:07 pm
Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam 24 jam
August 9, 2026, 1:54 pm
Lelaki Bangladesh ditahan tetak rakan serumah di Cheras Baru
August 9, 2026, 1:50 pm
Imigresen siasat kenderaan dipandu warga asing guna logo jabatan
August 7, 2026, 11:35 am
Geng curi lembu tumpas, 10 ditahan bersama 32 ekor lembu di Kelantan
August 6, 2026, 10:17 am
Kes penemuan tulang manusia di Behor Mali diklasifikasi sebagai kes bunuh
August 4, 2026, 5:38 pm
Warga asing ditahan disyaki pukul, ugut penuntut tempatan di Sungai Besi
August 4, 2026, 11:56 am
Angkara hutang, mayat dibungkus jaring dicampak ke sungai
August 3, 2026, 10:50 am
Ejen haram e-PLKS palsu tumpas dalam operasi khas Imigresen
August 3, 2026, 9:49 am
Dua lelaki ditahan libas parang selepas berang 'diberi' lampu tinggi
July 31, 2026, 9:44 am
