Berita Jenayah
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
KLUANG 1 Okt. – Tindakan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal mencuri beg galas dari bakul motosikal lain mengundang tawa netizen apabila beg tersebut rupa-rupanya hanyalah beg sekolah.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 37 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan pembonceng motosikal mengambil beg dari sebuah kenderaan yang diparkir di hadapan premis sebelum melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan polis diterima daripada seorang lelaki tempatan pada jam 7.35 malam semalam yang mendakwa kehilangan telefon bimbit sebagaimana yang tular dalam rakaman tersebut.
“Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai di Taman Tasik pada jam 6 petang. Melalui rakaman CCTV, dua lelaki mengambil dan melarikan beg galas berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis kini sedang memburu kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222, direct line 07-7766822 atau Tablet DCC di nombor 014-3656822.
Berita berkaitan
November 11, 2025, 3:11 pm
Empat lelaki ditahan akibat bergaduh, rosakkan kereta dengan batang ekzos
November 11, 2025, 12:46 pm
Lelaki mati ditembak di stesen minyak Klang dikehendaki bawah SOSMA
November 5, 2025, 12:38 pm
Siram air panas, cucuh pemetik api pada kaki anak 9 tahun gara-gara hilangkan pensil warna
November 4, 2025, 3:46 pm
Wanita warga emas disamun dua lelaki di Kota Bharu, rugi RM50
November 3, 2025, 4:59 pm
Polis tumpas 'Geng Pipit', mesin ciplak nombor casis bongkar rangkaian curi motosikal
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 12:17 pm
