Berita Jenayah
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
HULU SELANGOR 6 Okt. – Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang pegawai dan seorang anggota yang didakwa menawarkan sogokan RM500 kepada seorang individu bagi menarik balik laporan berkaitan kes along.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah mengenal pasti kejadian itu dan mengesahkan ia berlaku di salah satu daerah di negeri ini.
Menurut beliau, laporan yang dibuat oleh pengadu telah membawa kepada pembukaan kertas siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Setelah siasatan awal dijalankan, pihak kami berpuas hati memang wujud salah laku di pihak pegawai dan anggota tersebut. Atas arahan saya, kertas siasatan tatatertib dibuka terhadap mereka, iaitu melibatkan seorang pegawai dan seorang anggota,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor pada Isnin.
Tambah Shazeli, pihak polis sentiasa mendengar aduan masyarakat dan akan menguruskan setiap laporan dengan telus serta mengikut prosedur yang ditetapkan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang mangsa sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along mendakwa ditawar RM500 oleh seorang pegawai polis sebagai sogokan untuk menarik balik laporan yang dibuatnya berhubung kegiatan jenayah itu minggu lalu.
Mangsa berusia sekitar 40-an itu dikatakan membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada along berkenaan dan hadir ke IPD terbabit pada 1 Oktober lalu untuk memberi keterangan.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
Dua lelaki diburu polis selepas kantoi dirakam CCTV ketika pecah rumah di Taman Telok Gadong Indah
October 5, 2026, 1:36 pm
Mahu fokus pelajaran, cinta ditolak dipercayai punca Irene Sofiya dibunuh
October 1, 2026, 8:17 pm
Lapan anggota polis ditahan dalam operasi air ketum di Taman Keramat
September 29, 2026, 10:47 am
Polis Indonesia bongkar makmal haram cecair vape etomidat di Jakarta, lima warga Malaysia ditahan
September 27, 2026, 1:06 pm
