Berita Dunia
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
ISTANBUL 29 Okt - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam siri serangan udara Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Selasa, sekali gus menandakan pelanggaran terbaharu terhadap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Palestin, Hamas.
Menurut sumber perubatan Palestin yang dipetik oleh Agensi Anadolu (AA), serangan itu berlaku di kawasan yang dikenali sebagai “garisan kuning”, iaitu zon yang dikosongkan selepas tentera Israel berundur di bawah perjanjian gencatan senjata sebelum ini.
Zon itu menjadi sempadan fizikal yang membahagikan Semenanjung Gaza kepada dua bahagian, terletak antara bahagian selatan Bandaraya Gaza dan utara Khan Younis.
Antara kejadian yang dilaporkan termasuk serangan ke atas sebuah rumah di kejiranan Sabra, barat Gaza yang membunuh empat rakyat Palestin dan mencederakan sembilan lagi, selain beberapa mangsa masih hilang di bawah runtuhan.
Tiga lagi maut dalam serangan udara di kawasan al-Yarmouk, manakala seorang kanak-kanak terbunuh apabila pangsapuri di Al-Jalaa Street turut disasarkan. Serangan lain menyasarkan kem pelarian Al-Shati, turut menyebabkan korban dan kecederaan.
Di utara Gaza, tiga rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ke atas sekolah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di Beit Lahia, manakala lima lagi maut apabila sebuah kenderaan diserang di Khan Younis.
Serangan berterusan itu turut mengenai pangsapuri di kejiranan Al-Amal, mengorbankan dua rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain.
Menurut AA, tentera Israel melancarkan serangan udara dan artileri besar-besaran di seluruh Gaza selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan “serangan segera dan kuat” atas dakwaan pelanggaran gencatan senjata oleh Hamas.
Peluru berpandu turut mengenai kawasan berhampiran Kompleks Perubatan Shifa, selain tembakan artileri di Deir al-Balah, tengah Gaza.
Perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu adalah sebahagian daripada pelan 20 perkara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang antaranya melibatkan pembebasan tawanan Israel dan tahanan Palestin serta rancangan pembangunan semula Gaza tanpa penglibatan Hamas.
Sejak serangan ketenteraan Israel bermula pada Oktober 2023, lebih 68,500 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala 170,000 lagi cedera. – BERNAMA
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
