Berita Jenayah
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
BATU PAHAT 31 Okt - Seorang sami yang dituduh merogol pelajar dalam sebuah kebun sawit empat tahun lalu, kononnya mahu mengubah nasib kehidupan dipenjara 15 tahun dan empat sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Menurut laporan Berita Harian, Hakim Harmi Thamri Mohamad membuat keputusan selepas tertuduh, Pechimuthu Vethumalay, 53, yang menyambut hari lahirnya hari ini, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah untuk mematahkan kes pendakwaan dikenakan terhadapnya.
Ketika menyampaikan keputusan itu, Harmi Thamri, berkata pengakuan dibuat tertuduh ketika membela diri lebih kepada bersifat penafian semata-mata dan sesuatu pemikiran terkemudian.
"Tiada sebarang bukti sokongan diberikan untuk membolehkan atau mengukuhkan pembelaannya seterusnya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
"Sehubungan itu, penafian kosong semata-mata bukanlah sesuatu boleh dimasukkan sebagai keraguan munasabah.
"Oleh mahkamah mendapati tertuduh bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan hukuman berkuatkuasa hari sabitan (hari ini)," katanya.
Selain hukuman penjara, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang tahanan serta pengawasan polis dua tahun sebaik selesai hukuman.
Seramai enam orang saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosing perbicaraan manakala tertuduh mengemukakan empat saksi termasuk diri di peringkat pembelaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol pelajar berusia 12 tahun (ketika kejadian) dalam kebun sawit Jalan Yong Peng-Labis, Yong Peng, pada jam 3 petang, pada 28 September 2021.
Seksyen 376 (2) (d) memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh berjumpa keluarga mangsa dan memberitahu dia mendapat mimpi bagi membantunya yang hidup susah kepada senang.
Tertuduh kemudiannya membawa mangsa kononnya mahu upacara itu sebaliknya dibawa ke sebuah kebun sawit lalu merogolnya.
Mangsa kemudiannya pulang ke rumah dan memberitahu ibu bapanya berhubung kejadian itu sebelum membuat laporan polis.
Berita berkaitan
May 8, 2026, 2:11 pm
Operasi bersepadu di Cyberjaya: 13 warga asing ditahan di Menara Paragon
May 8, 2026, 12:29 pm
Polis serbu gudang ganja di Sepang, rampasan bernilai RM4.8 juta
May 6, 2026, 11:22 am
Pasangan remaja ditahan susulan cubaan gugur kandungan, sembunyi janin dalam kereta
May 5, 2026, 11:08 am
Warga emas maut ditetak jiran, suspek ada rekod rawatan mental ditahan
May 4, 2026, 9:16 am
Hina Sultan Selangor: Lelaki ditahan di Bukit Mertajam
May 2, 2026, 6:01 pm
Kanak-kanak 10 tahun maut, pemandu Hilux positif ganja rempuh laluan bertentangan
May 2, 2026, 12:09 pm
Penuntut kolej maut dengan 61 kesan tikaman, empat suspek ditahan
April 28, 2026, 1:36 pm
