Berita Sukan
Remaja bawah 15 tahun dilarang sertai sukan tempur - Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR 7 Nov – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah tegas melindungi atlet muda dengan melarang penyertaan remaja bawah 15 tahun dalam mana-mana pertandingan sukan tempur full-contact seperti tinju, muay thai, kickboxing dan mixed martial arts (MMA) yang tidak menggunakan pelindung keselamatan.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti peningkatan penganjuran acara sukan tempur membabitkan pempengaruh dan selebriti, yang dilihat semakin popular namun berisiko tinggi terhadap keselamatan kanak-kanak.
“KBS tidak akan berkompromi dengan keselamatan dan integriti atlet, walaupun acara ini mendapat sambutan dan mampu menjana impak ekonomi.
“Hanya kejohanan rasmi anjuran Persatuan Sukan Kebangsaan atau Persatuan Sukan Negeri berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dibenarkan menampilkan atlet bawah umur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Hannah, KBS juga akan menggubal garis panduan khusus bagi sukan tempur selain mengarahkan Pesuruhjaya Sukan menilai semula mekanisme kawal selia agar setiap acara ‘fight event’ dijalankan dengan lebih selamat dan profesional.
Melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), KBS turut akan menyelia pengumpulan data merentas disiplin sukan tempur, termasuk statistik kecederaan dan insiden kesihatan bagi memperkukuh dasar keselamatan atlet.
“Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan memastikan sukan tempur tidak dijadikan sekadar hiburan, sebaliknya dikawal secara beretika dan berlandaskan undang-undang demi melindungi kebajikan atlet muda negara,” jelasnya. - Media Telus
Berita berkaitan
July 17, 2026, 5:16 pm
Sepanyol mungkin hilang khidmat Lamine Yamal di pentas final?
July 17, 2026, 4:47 pm
JDT ikat gergasi Scotland Rangers FC 2-2 pada aksi pramusim di Sepanyol
July 17, 2026, 11:12 am
Dua jaringan Bergson hampir buat gergasi Scotland terduduk
July 16, 2026, 11:54 am
Selamat tinggal Noor Al-Rawabdeh, Selangor umum Peter Makrillos sebagai jeneral baharu
July 16, 2026, 6:02 am
Messi arkitek kebangkitan luar biasa Argentina mara ke final Piala Dunia 2026
July 15, 2026, 6:58 pm
Pernah buntu tuntut hutang RM108,000 dari KDA FC, Rosle Md Derus meninggal dunia
July 15, 2026, 5:31 am
Sepanyol mara ke final Piala Dunia 2026 lepas kunci Mbappe
July 12, 2026, 9:38 am
Bellingham bertaraf dunia!
July 10, 2026, 7:15 am
