Berita Dunia
54 cedera letupan di masjid dalam sekolah ketika solat Jumaat di Jakarta
JAKARTA 7 Nov - Sekurang-kurangnya 54 individu cedera dalam satu insiden letupan di sebuah masjid dalam kompleks sekolah di Kelapa Gading, Jakarta Utara, ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat tengah hari tadi.
Ketua Polis Jakarta, Asep Edi Suheri, berkata siasatan awal mendapati letupan berlaku secara tiba-tiba ketika solat sedang berlangsung, menyebabkan panik dan kecederaan pelbagai tahap termasuk kes melecur serta trauma akibat hentakan.
“Seramai 54 mangsa telah dihantar ke beberapa hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Keadaan mereka berbeza-beza — ada yang cedera ringan dan ada yang mengalami kecederaan serius,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.
Rakaman media tempatan menunjukkan kawasan sekolah berkenaan dikawal ketat oleh pasukan polis khas, manakala beberapa ambulans dikerahkan ke lokasi bagi membantu mangsa.
Gambar yang tular dari tempat kejadian menunjukkan struktur masjid tidak mengalami kerosakan besar, namun siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada kejadian berpunca daripada kebocoran gas, litar pintas elektrik, atau unsur jenayah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, unit pemusnah bom turut dikerahkan ke lokasi bagi memastikan keselamatan kawasan sekitar.
Masjid berkenaan terletak dalam kawasan sekolah awam yang menempatkan pelajar pelbagai peringkat umur, dan pihak pengurusan sekolah memaklumkan bahawa semua aktiviti ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
Berita berkaitan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
Krisis tenaga global: Bangladesh pendekkan waktu bekerja, operasi pasar raya tamat 7 malam
April 2, 2026, 11:33 am
Harga minyak dunia melambung melepasi AS$100 selepas amaran keras Trump terhadap Iran
April 2, 2026, 8:33 am
Amaran tsunami di pesisir Malaysia susulan gempa kuat magnitud 7.4 di Laut Maluku
March 27, 2026, 10:34 am
Pembangkang Israel beri amaran tentera di ambang keruntuhan
March 26, 2026, 12:53 pm
(VIDEO) 24 maut, bas terjunam dalam sungai di Rajbari, Bangladesh
March 24, 2026, 9:00 pm
