Berita Berita
Lelaki warga emas cedera parah dalam kemalangan tiga kereta
SUNGAI BULOH 15 Nov – Seorang lelaki warga emas cedera parah manakala dua individu lain mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran susur Saujana Utama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.20 pagi.
“Enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian yang berada kira-kira 10 kilometer dari balai,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, jentera pertama tiba pada jam 8.30 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia, Perodua Bezza dan sebuah Volkswagen.
“Pemandu Perodua Axia, seorang lelaki berusia 61 tahun, tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah.
“Dua lagi mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita dalam lingkungan 30-an, mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
May 11, 2026, 9:56 am
Azam Baki dedah hidup KP SPRM ada lebih ramai musuh berbanding kawan
May 11, 2026, 7:57 am
'Muhasabahlah diri, orang Melayu tak boleh hanya tunggu dibantu' - Bekas CEO Proton
May 10, 2026, 9:10 pm
Kerajaan setuju teliti semula subsidi RON95 untuk golongan T20 - Anwar
May 10, 2026, 7:09 pm
Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga maut di Kota Bharu
May 10, 2026, 3:39 pm
Bekas pembantu khas Teresa Kok dijangka didakwa kes rasuah RM500,000 di mahkamah esok
May 10, 2026, 10:49 am
