Berita Politik
Perhimpunan Agung MIC sokong usul tinggalkan BN, serah keputusan muktamad kepada kepimpinan parti
SHAH ALAM 16 Nov – Perwakilan MIC pada Perhimpunan Agung Ke-79 hari ini sebulat suara bersetuju menyokong resolusi untuk menamatkan penyertaan parti itu dalam Barisan Nasional (BN), namun keputusan muktamad diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti.
Resolusi berkenaan, yang dikemukakan melalui usul ketiga, menyatakan bahawa perbincangan melibatkan ahli akar umbi, pimpinan bahagian dan cawangan serta kepimpinan negeri dan pusat menunjukkan kerjasama dalam BN tidak lagi memberi ruang mencukupi kepada MIC untuk memainkan peranan efektif memperjuangkan kepentingan masyarakat India.
“Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-79 ini dengan sebulat suara bersetuju bahawa kerjasama sedia ada tidak lagi memberikan ruang yang mencukupi untuk MIC memainkan peranan yang efektif bagi memperjuangkan kepentingan masyarakat India dan menyumbang secara bermakna kepada pembangunan nasional di tanah air.
“Mesyuarat sebulat suara bersetuju MIC bersedia menamatkan penyertaannya dalam gabungan BN, tertakluk kepada proses dan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Parti MIC serta untuk memohon secara rasmi menyertai koalisi PN,” menurut usul itu.
Bagaimanapun, perwakilan menyerahkan kepada Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran dan kepimpinan tertinggi parti untuk menentukan masa serta hala tuju seterusnya termasuk kemungkinan membentuk jajaran baharu bersama Perikatan Nasional (PN).
Perhimpunan itu dihadiri 1,808 perwakilan, selain kehadiran wakil parti yang menyokong BN. Namun, tiada wakil rasmi gabungan itu hadir pada sesi berkenaan.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan jangkaan bahawa MIC lebih berkemungkinan meninggalkan BN dan menerima pelawaan menyertai PN berbanding MCA, dengan sumber menyatakan perbincangan antara MIC dan PN dilihat lebih positif.
Berita berkaitan
June 5, 2026, 12:13 pm
Muhyiddin tidak bertanding PRN Johor, Bersatu taruh harapan pada pemimpin tempatan
June 3, 2026, 11:55 am
PRN Johor: Benteng BN digugat, PN intai kejutan, PH cari nyawa politik
June 1, 2026, 1:58 pm
52 tahun penubuhan: Ahmad Zahid mahu jentera BN bersatu, sedia depani politik matang
May 31, 2026, 9:24 am
PEJUANG nafi Hamzah Zainudin mohon sertai parti, tegas tiada rundingan politik
May 28, 2026, 4:35 pm
Isu pengambilalihan parti: Rafizi nafi bayar RM8.5 juta kepada Tan Gin Theam
May 26, 2026, 1:56 pm
