Berita Berita
50 murid, guru KAFA terselamat dalam kebakaran sekolah di Chukai
CHUKAI 16 November – Detik cemas tercetus pagi tadi apabila Tadika Raudhatul Athfal di sini terbakar, menyebabkan 50 murid dan guru terpaksa menyelamatkan diri ketika api marak di bahagian atas bangunan.
Seorang guru, Nur Amyrah Salihah Mohd Yusoff, berkata kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi ketika 46 murid berusia empat hingga enam tahun sedang bersarapan selepas sesi mengaji dan solat.
Kebakaran itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan bahawa ruang atas bangunan yang menempatkan empat kelas telah dipenuhi asap tebal.
“Saya dan tiga lagi guru terus bergegas membawa murid keluar dari bangunan, kemudian kami lihat api menjulang tinggi dan menyambar seluruh ruangan bahagian atas sebelum merebak ke bahagian lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, semua buku dan perabot hangus dalam kebakaran tersebut, manakala murid telah diberikan cuti buat sementara waktu.
Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kemaman, Penolong Penguasa Bomba Saariah Hassan berkata, kebakaran melibatkan bangunan satu tingkat separa kekal yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemaman serta BBP Chukai dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.09 pagi.
“Ketika bomba tiba, semua penghuni dalam premis itu telah keluar dengan selamat dan api sedang marak,” katanya.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 5:34 pm
JPJ beri amaran lori ‘makan’ lorong kanan, lebih 18,000 kenderaan sudah diambil tindakan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
