Berita Berita
Berang makanan tak sedap, tukang masak maut ditikam di restoran Thai di Seberang Prai
SEBERANG PRAI 17 November – Pertikaian mengenai kualiti makanan antara seorang tukang masak warga Myanmar dan seorang pelanggan berakhir dengan tragedi apabila wanita itu maut ditikam dalam kejadian di sebuah restoran berkonsep Thai di Lorong Bukit Juru, di sini malam tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam, dengan mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan.
Suami mangsa, juga warga Myanmar berusia lewat 40-an, mengalami kecederaan di badan manakala seorang lagi lelaki yang merupakan rakan suspek turut cedera akibat ditikam.
Difahamkan, suspek bersama beberapa rakannya tiba di restoran kira-kira jam 8.30 malam dalam keadaan dipercayai mabuk dan tidak berpuas hati dengan makanan yang disajikan.
Pertengkaran kemudian tercetus antara kumpulan lelaki berkenaan dengan mangsa serta suaminya, sebelum mangsa mengarahkan mereka beredar dari premis.
Bagaimanapun, seorang daripada kumpulan itu yang berusia 30-an didakwa menghubungi abangnya sebelum kembali ke restoran dan menikam mangsa menggunakan pisau sehingga maut.
Tindakan cepat pihak polis membawa kepada penahanan suspek dan abangnya, kedua-duanya berusia lewat 30-an, di kawasan berhampiran lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, sementara dua lelaki yang cedera dirawat di hospital sama.
Ketua Polis Negeri, Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 9:03 pm
Rafizi dakwa kerajaan Madani belum lunaskan komitmen RM12.5 bilion kepada Tabung Haji
August 10, 2026, 8:36 pm
Wong Chen letak jawatan ahli parlimen, PRK Subang bakal menyusul
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
