Berita Dunia
42 jemaah umrah India maut dalam kemalangan ngeri dekat Madinah
NEW DELHI 17 Nov – Puluhan jemaah umrah dari India dilaporkan maut dalam satu kemalangan tragis di Arab Saudi pada malam Ahad ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Madinah.
Insiden berlaku apabila bas yang membawa kumpulan jemaah tersebut dari Makkah bertembung dengan sebuah lori tangki berhampiran Madinah, sebelum tercetus kebakaran besar yang meragut ramai nyawa.
Menurut laporan media India pada Isnin, majoriti mangsa merupakan penduduk dari negeri Telangana di selatan India, dengan angka korban setakat ini dilaporkan mencecah 42 orang.
Susulan kejadian itu, Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar menerusi hantaran di platform X memaklumkan bahawa Kedutaan India di Riyadh serta konsulat di Jeddah sedang memberikan sokongan penuh kepada rakyat negara itu termasuk keluarga mangsa yang terjejas.
Tragedi itu kini mendapat perhatian meluas di India dan Arab Saudi, sementara pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan punca kemalangan.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
