Berita Viral
'Tiada siapa patut dilayan sedemikian rupa' - AmBank kesal insiden gelandangan disiram air
KUALA LUMPUR 25 Nov - AmBank tampil menjelaskan pendirian selepas sebuah video memaparkan tindakan kejam terhadap seorang lelaki dipercayai gelandangan di hadapan cawangan bank itu di Taman Maluri tular dan mencetuskan kecaman orang ramai.
Dalam satu kenyataan, bank itu menegaskan bahawa mereka kesal dengan insiden berkenaan dan memandang serius cara layanan yang diberikan terhadap individu terbabit.
AmBank memaklumkan, individu yang menyiram air kepada gelandangan itu adalah pengawal keselamatan third-party daripada syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan luar yang dilantik bank berkenaan.
"Bagaimanapun, kami meminta semua yang mewakili organisasi kami, termasuk vendor dan rakan kerjasama untuk mengekalkan tahap profesionalisme sepanjang masa.
"Tiada sesiapapun yang wajar dilayan sedemikian rupa. Keselamatan, maruah dan kesejahteraan semua yang berada di dalam mahupun di luar premis bank sentiasa menjadi keutamaan kami.
"Justeru, kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan komited untuk memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi. Terima kasih rakyat Malaysia di atas keprihatinan anda," kata AmBank pada Selasa.
Terdahulu, video berdurasi 35 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang sedang baring di luar premis bank disiram air oleh seorang pengawal keselamatan wanita, dipercayai bagi menghalau individu terbabit daripada tidur di lokasi berkenaan.
Situasi itu bertambah buruk apabila seorang lelaki pertengahan umur dipercayai tukang kasut di kawasan berdekatan turut menendang mangsa dan mengarahkannya pergi.
Perbuatan tersebut mencetuskan kemarahan netizen yang rata-rata menegaskan bahawa tiada sesiapa, termasuk golongan gelandangan, harus diperlakukan sebegitu rupa.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:54 pm
'Bukan sekali dua', netizen periksa latar belakang pemilik Tesla pandu secara bahaya, tunjuk jari tengah
September 15, 2026, 3:38 pm
Tular isu pertahankan tanah adat, penduduk Orang Asli dipercayai ditahan polis
September 15, 2026, 11:13 am
Tular persembahan Barongan Reog Ponorogo di Titiwangsa, netizen perdebat tentang budaya Malaysia
September 14, 2026, 6:42 pm
'Ini bukan Malaysia, ini Europe', warga asing perlekeh undang-undang negara
September 14, 2026, 5:16 pm
Lelaki diberhentikan kerja lepas viral, mohon maaf sebab campak masakan nenek
September 14, 2026, 2:58 pm
Penganjur Festival Budaya Malaysia panggil 'mamat Rohingya' buat catwalk atas pentas?
September 14, 2026, 12:35 pm
Warga asing buat bising, minum arak di tempat beriadah keluarga di Serendah
September 14, 2026, 10:25 am
'Dia sentuh tangan dan punggung saya', lelaki dipercayai kena raba dengan lelaki dalam LRT
September 11, 2026, 7:57 pm
Detik cemas treler muatan konkrit hilang kawalan di Johor
September 11, 2026, 6:40 pm
