Berita Hiburan
Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di rumah
KUALA LUMPUR 25 Nov - Anak kedua pelakon Dharma Harun Al Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan bapanya meninggal dunia sendirian di rumah mereka, hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Al Syafiq ketika dihubungi berkata, dia baru sampai rumah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.
"Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans," katanya yang kedengaran panik ketika dihubungi, sebentar tadi.
Pada Julai lalu, Harian Metro melaporkan keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an itu semakin merosot.
Ia berikutan Muhammad Al Syafiq memuat naik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.
Allahyarham Dharma, 69, yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila ketika dihubungi menerusi WhatsApp ketika itu dipetik berkata, berat badannya hanya 45 kilogram.
Allahyarham tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 5:37 pm
"Semua ketentuan Allah" — Ismahalil reda dipenjara 30 tahun, video pesanan terakhir tular
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
Bella Astillah, Syed Saddiq timba nasihat rumah tangga daripada Tun M
July 3, 2026, 4:19 pm
Filem 'The Keris' angkat semula legasi Hang Tuah di pawagam
July 3, 2026, 3:12 pm
Safwan Nazri rugi RM400,000, jadi mangsa 'scam' kontraktor kawan baik
July 2, 2026, 7:52 pm
