Berita Dunia
7 blok pangsapuri di Hong Kong terbakar, 13 maut, 700 penduduk dipindahkan
HENZHEN (China) – Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dalam satu kebakaran besar yang memusnahkan sebahagian kompleks kediaman terdiri daripada tujuh blok pangsapuri 32 tingkat di Hong Kong, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) hari ini, memetik kenyataan pihak berkuasa.
Selain itu, 15 lagi dilaporkan cedera, menurut laporan media tempatan.
Insiden yang berlaku pada waktu petang di kompleks kediaman Wang Fuk Court, daerah Tai Po, diklasifikasikan sebagai kecemasan tahap 5 – iaitu amaran tertinggi.
Seorang anggota bomba turut menjadi korban. Kerajaan Hong Kong mengesahkan bahawa lelaki berusia 37 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di lokasi, dihantar ke hospital dan meninggal dunia akibat kecederaan.
Api yang marak memusnahkan tujuh blok pangsapuri dan menyebabkan ramai penduduk terperangkap di kediaman masing-masing.
Kompleks itu terdiri daripada lapan blok pangsapuri setinggi 32 tingkat, merangkumi hampir 2,000 unit kediaman.
Menurut laporan, semua bangunan tersebut dipasang perancah buluh kerana sedang menjalani kerja pengubahsuaian.
Foto dan video yang tular menunjukkan kepulan asap tebal menjulang dari menara-menara kediaman berkenaan.
Akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa lebih 760 anggota bomba dan 400 pegawai polis dikerahkan ke lokasi, sementara lebih 700 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan kecemasan.
Hong Kong, yang pernah menjadi tanah jajahan British, kini merupakan salah satu daripada dua wilayah pentadbiran khas China selain Macau. - BERNAMA
Berita berkaitan
January 19, 2026, 9:43 am
21 terkorban tren berkelajuan tinggi bertembung di Madrid
January 9, 2026, 10:22 pm
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan sebagai suspek rasuah kuota haji
January 6, 2026, 11:08 am
Maduro mengaku tak bersalah di Mahkamah New York, dakwa diculik tentera AS
January 6, 2026, 10:44 am
10 motosikal terlibat kemalangan di Causeway Johor–Singapura
January 5, 2026, 11:34 am
Trump dakwa Venezuela kini 'tanggungjawab' AS, akui berurusan kepimpinan baharu
January 4, 2026, 12:37 pm
Trump dakwa AS akan tadbir Venezuela susulan penangkapan Maduro
December 26, 2025, 10:06 am
Kongsi foto pokok Krismas, Salah dikecam sekali lagi
December 22, 2025, 8:02 pm
Penerbangan Air India berpatah balik ke Delhi selepas enjin mati
December 17, 2025, 1:11 pm
