Berita Jenayah
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
KEPONG 10 Dis – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai bertindak agresif dan mengamuk menggunakan senjata tajam di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 11.30 pagi.
Menurutnya, suspek berjaya diberkas hasil tindakan pantas polis dengan bantuan orang awam.
“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor D. Velraj, di talian 013-3631913,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126 2222.
Terdahulu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menimbulkan kekecohan dan bertindak agresif di kawasan pangsapuri berkenaan.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 11:19 am
Polis siasat dakwaan tadika di Langkawi abai kanak-kanak, didakwa kunci dalam tandas
July 15, 2026, 3:31 pm
"Raba kemaluan depan wanita" – Warga asing ditahan orang awam di taman permainan Cyberjaya
July 14, 2026, 2:13 pm
Kes jenayah libat warga Rohingya meningkat di Kedah
July 13, 2026, 2:15 pm
Pengkritik bola sepak patah tulang mata lepas dipukul 2 suspek tak dikenali
July 7, 2026, 9:46 am
Bawa lima warga Myanmar, pemandu BMW rempuh tangki air lepas lari sekatan jalan raya
July 5, 2026, 1:43 pm
Tujuan hadiri majlis kahwin, 2 lelaki ditahan miliki cecair disyaki air ketum
July 5, 2026, 10:57 am
