Berita Hiburan
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
PETALING JAYA 12 Dis – Berawal sebagai hubungan pesakit dan doktor, penyanyi Sissy Imann kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Dr Zamir Hilman Hamzah dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.
Sissy, atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, dinikahkan oleh bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa tepat pukul 9 pagi.
Dia menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840 sebagai mas kahwin daripada Dr Zamir, 41, manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Antara hantaran yang mencuri tumpuan ialah nombor plat khas SIS5795, gandingan simbolik nama Sissy dan tahun kelahirannya, 1995. Jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat itu bagaimanapun belum didedahkan.
Turut menarik perhatian ialah hadiah percutian bulan madu ke Rome, Italy, sebagai simbol permulaan perjalanan bahagia mereka.
Majlis berkenaan dimulakan dengan acara pertunangan yang menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas dengan tiga dulang daripada pihak perempuan.
Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan. Difahamkan, pasangan ini mula berkenalan selepas Sissy menerima rawatan di klinik milik Dr Zamir sekitar Januari lalu.
Terdahulu, Sissy mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang ketika majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Dengan Kamu pada 1 Disember 2025.
Berita berkaitan
July 3, 2026, 4:19 pm
Filem 'The Keris' angkat semula legasi Hang Tuah di pawagam
July 3, 2026, 3:12 pm
Safwan Nazri rugi RM400,000, jadi mangsa 'scam' kontraktor kawan baik
July 2, 2026, 7:52 pm
Eksperimen sosial Isa Isarb dedah sikap warga asing beri rokok pada pelajar sekolah
July 1, 2026, 12:18 pm
Rita Rudaini berang dakwaan bakat sukan anak lelaki diwarisi Aidil Zafuan
June 30, 2026, 2:02 pm
Pempengaruh diugut bunuh lepas dedah 'sarang' Rohingya
June 26, 2026, 5:33 pm
Buku Aisyah Hijanah didakwa cipta ayat Al-Quran baharu, desak KDN ambil tindakan
June 25, 2026, 5:16 pm
Isu Nasi Ayam RM26, Neelofa dedah ibu berniaga suka-suka
June 25, 2026, 11:22 am
'Tak tahu kenapa burung memilih terbang’, Aslam titip pesanan lepas cerai
June 24, 2026, 1:54 pm
