Berita Berita
“Saya minta maaf, ayah” – Suspek bunuh isteri
SEBERANG JAYA 12 Dis – “Saya minta maaf, ayah.” Itu kata-kata suspek yang ditahan polis susulan disyaki membunuh dan menyimpan mayat isterinya selama empat hari, diucapkan kepada bapa mentuanya ketika anggota polis mengiringinya keluar dari Unit Forensik Hospital Seberang Jaya hari ini selepas melihat mayat isterinya buat kali terakhir.
Suspek berusia 28 tahun itu dibawa ke unit forensik pada jam 11 pagi dan berada di situ hampir setengah jam.
Menurut bapa mentuanya, Ishak Man, 76, dia mendengar sendiri ucapan tersebut ketika suspek melintasinya.
“Dia jalan depan saya, pandang saya dan sebut, ‘Saya minta maaf, Ayah’. Itu sahaja yang keluar dari mulut dia,” katanya.
Ishak berkata, beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan menantunya dan hanya berjumpa beberapa kali sejak pasangan itu mendirikan rumah tangga lebih dua tahun lalu.
“Dia ada cerita pada saya, dia cepat cemburu dan saya cuma nasihat supaya banyak bersabar. Saya terkejut bila dimaklumkan dia mengaku kepada polis membunuh anak saya… tak sangka boleh jadi sampai begitu,” katanya.
Beliau turut menambah, dia tidak mengetahui sama ada menantunya menghadapi sebarang masalah mental.
Dalam perkembangan sama, Ishak memaklumkan jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar nanti.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
JAIM siasat klip video tular pasangan berpelukan mesra di kedai makan Malim Jaya
September 15, 2026, 1:10 pm
