Berita Berita
Pokok tumbang jejas perkhidmatan ETS & KTM komuter laluan Sungkai–Slim River
KUALA LUMPUR 23 Dis – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter mengalami gangguan petang tadi susulan kejadian pokok tumbang yang merosakkan alat talian atas antara laluan Sungkai–Slim River.
Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), insiden berlaku pada pukul 4.20 petang dan menyebabkan 12 tiub cantilever patah, sekali gus menjejaskan bekalan kuasa bagi operasi tren di jajaran berkenaan.
Gangguan itu memberi kesan kepada 12 perkhidmatan ETS dan KTM Komuter melibatkan laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang–Tanjung Malim. Kerja pembersihan berjaya diselesaikan pada pukul 6.53 petang, manakala kerja baik pulih sistem elektrifikasi sedang giat dilaksanakan.
Bagi memastikan perjalanan penumpang diteruskan, ETS dari KL Sentral dan Segamat ditamatkan di Stesen Slim River, dengan penumpang dipindahkan menggunakan bas ke Stesen Sungkai. ETS dari Padang Besar dan Butterworth ditamatkan di Stesen Sungkai, dan penumpang dipindahkan ke Stesen Slim River.
Perkhidmatan KTM Komuter laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang–Tanjung Malim beroperasi seperti biasa tetapi dijangka mengalami kelewatan.
Penumpang ETS yang menolak untuk meneruskan perjalanan akibat kelewatan melebihi dua jam layak memohon pemulangan tambang penuh di kaunter tiket stesen berdekatan, tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada.
Makluman kelewatan turut disampaikan melalui SMS, dan penumpang boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 untuk bantuan lanjut.
Berita berkaitan
May 24, 2026, 1:09 pm
Pemain ragbi Sukma meninggal dunia semasa latihan
May 24, 2026, 12:42 pm
Nazri Prem Nasir angkat suara belia Malaysia ke pentas dunia, bantu lebih 15,000 komuniti
May 24, 2026, 12:10 pm
Lelaki ditemukan mati dalam kereta ada 20 rekod jenayah dan narkotik di Baling
May 24, 2026, 9:46 am
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan di Perak
May 24, 2026, 9:21 am
Malaysia juara dunia sepak takraw, Thailand tinggalkan gelanggang
May 23, 2026, 1:43 pm
Rayer menang saman fitnah, netizen diperintah bayar RM100,000
May 23, 2026, 1:08 pm
Malaysia perlu kurangkan kebergantungan kepada buruh asing - Anwar
May 23, 2026, 12:52 pm
Amirudin teruk dikecam jawab tak jumpa tanah untuk bina hospital awam baru di PJ
May 23, 2026, 10:23 am
Anwar hubungi Vijay Thalapathy, maklumkan kemungkinan ke Tamil Nadu
May 23, 2026, 9:33 am
