Berita Berita
Lelaki Indonesia selamba ubah nama lorong sempena namanya, jadikan tanah lapang kebun haram sabung ayam di Klang
KLANG 19 Jan - Tindakan berani seorang lelaki warga Indonesia mengubah suai papan tanda nama jalan dengan meletakkan namanya sendiri terbongkar apabila polis menyerbu sebuah kebun haram yang dijadikan lokasi perjudian sabung ayam di hadapan Pangsapuri Sri Angkasa, Taman Bayu Perdana, di sini, semalam.
Menurut laporan Harian Metro, papan tanda yang asalnya tertera nama Lorong Pangsapuri Sri Angkasa didapati ditukar kepada Lorong Iwan Pirang, dipercayai sempena nama lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun itu.
Lelaki berkenaan antara 72 individu yang ditahan dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Op Cakar di kebun haram berkenaan.
Tinjauan wartawan yang menyertai operasi mendapati tanah lapang itu ditanam pokok pisang dan dipagari zink bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Turut dibina reban ayam, tandas serta sebuah pondok kecil yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian sabung ayam.
Lelaki yang dikenali sebagai Iwan Pirang mendakwa pada awalnya hanya berniat memelihara ayam sebelum diajak rakan-rakan mengadakan pertandingan sabung ayam.
Menurutnya, kegiatan itu baru dijalankan sejak beberapa bulan lalu dan kebiasaannya diadakan setiap Ahad, bermula jam 3 petang hingga 5 petang.
“Saya mula-mula suka-suka ternak ayam, tapi tak menjadi. Lepas itu kawan-kawan ajak buat sabung ayam.
“Keuntungan tak menentu, tapi boleh cecah sehingga RM4,000 sehari,” katanya.
Katanya, kebanyakan pemain tinggal di sekitar kawasan berkenaan dan membawa ayam masing-masing, manakala dia hanya menyediakan tempat.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian sabung ayam dan bola golek dalam serbuan itu.
Beliau berkata, operasi kira-kira jam 5.30 petang oleh Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor itu turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.
“Seramai 72 lelaki berusia antara 20 hingga 70 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dan sabung ayam di lokasi berkenaan.
“Tangkapan membabitkan dua lelaki bertindak sebagai penganjur dan 70 pemain, terdiri daripada 41 warga tempatan serta 31 warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM55,075 serta pelbagai peralatan perjudian, manakala pihak veterinar menemukan 14 ekor ayam hidup dan empat ayam mati yang dipercayai akibat aktiviti sabung ayam.
“Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi sejak enam bulan lalu dengan menggunakan kebun haram yang terlindung sebagai lokasi perlawanan yang diadakan setiap Ahad.
“Nilai pertaruhan bagi setiap perlawanan dilaporkan mencecah sehingga RM10,000,” katanya.
Kesemua individu yang ditahan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32 Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Berita berkaitan
February 9, 2026, 2:04 pm
Polis buru pemilik kenderaan susulan aksi baling kon di Plaza Tol LDP
February 9, 2026, 1:58 pm
Pengerusi kuil mengaku tidak bersalah ceroboh tanah milik orang lain di Dengkil
February 9, 2026, 12:19 pm
Tak sayang nyawa, polis tahan dua remaja buat aksi wheelie seret kepala di Jalan Tun Razak
February 9, 2026, 12:09 pm
JKM kesan ibu bapa bayi ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya
February 9, 2026, 12:01 pm
(VIDEO) Pesara cedera dipukul, diugut susulan kemalangan kecil di Batu 9 Cheras
February 9, 2026, 11:24 am
Hanya 10 peratus bekerja sendiri dilindungi PERKESO, penjaja antara paling terdedah risiko
February 9, 2026, 11:23 am
'Jangan cari masalah, kerajaan tak halang ternak babi tapi pilihlah tempat yang jauh' - Anwar
February 9, 2026, 11:03 am
SARA Untuk Semua dikreditkan hari ini, kategori sejuk beku ditambah
February 9, 2026, 9:46 am
