Berita Berita
PN terus berteka-teki mengenai pelantikan pengerusi baharu
KUALA LUMPUR 22 Jan - Perikatan Nasional (PN) masih berteka-teki mengenai pelantikan pengerusi baharu gabungan itu, yang dijangka diputuskan dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) PN dalam masa terdekat.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perkara itu sepatutnya ditanyakan terus kepada Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Bagaimanapun, Takiyuddin tidak hadir pada sidang media yang dikendalikan Hamzah, yang turut dihadiri beberapa ahli Parlimen PN di Parlimen hari ini.
"Ada Timbalan Setiausaha Agung di sini? Beliau tidak hadir tengah hari ini, nanti saya tanya beliau. Beliau yang tahu. Kita kena pastikan dulu bahawa dalam perlembagaan PN, apabila Setiausaha Agung meletak jawatan, yang menggantikan ialah Timbalan Setiausaha Agung. Soalan ini patut ditanyakan kepada beliau. Jawatan saya rendah sekali dalam PN," katanya, yang juga Ketua Pembangkang.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menggesa PN mengadakan mesyuarat tergempar MT selaras Fasal 8.3(l)(b) perlembagaan gabungan itu.
Melalui surat bertarikh 10 Januari 2026, Abdul Hadi, yang juga Presiden PAS, menggesa mesyuarat itu diadakan bagi menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Difahamkan, mesyuarat tergempar berkenaan perlu diadakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan, iaitu sebelum 25 Januari ini.
Ditanya mengenai calon yang mungkin dilantik sebagai Pengerusi PN, termasuk dirinya, Hamzah, yang juga Timbalan Presiden BERSATU, memaklumkan beliau setakat ini tidak menerima sebarang tawaran untuk mengisi jawatan tersebut.
Berhubung kemungkinan kemasukan MIC ke dalam PN, Hamzah enggan mengulas mengenainya.
Berita berkaitan
February 9, 2026, 12:19 pm
Tak sayang nyawa, polis tahan dua remaja buat aksi wheelie seret kepala di Jalan Tun Razak
February 9, 2026, 12:09 pm
JKM kesan ibu bapa bayi ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya
February 9, 2026, 12:01 pm
(VIDEO) Pesara cedera dipukul, diugut susulan kemalangan kecil di Batu 9 Cheras
February 9, 2026, 11:24 am
Hanya 10 peratus bekerja sendiri dilindungi PERKESO, penjaja antara paling terdedah risiko
February 9, 2026, 11:23 am
'Jangan cari masalah, kerajaan tak halang ternak babi tapi pilihlah tempat yang jauh' - Anwar
February 9, 2026, 11:03 am
SARA Untuk Semua dikreditkan hari ini, kategori sejuk beku ditambah
February 9, 2026, 9:46 am
11 MoU antara Malaysia dan India bukti negara terus dipercayai, keberkesanan kepimpinan Anwar - Ramanan
February 9, 2026, 9:25 am
Tapak pelupusan sisa setinggi enam meter terbakar, operasi padam hampir 10 jam
February 9, 2026, 9:19 am
