Berita Jenayah
Polis siasat pergaduhan dua lelaki di Taman Sungai Chua
KAJANG 26 Jan - Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki di kawasan awam Taman Sungai Chua, di sini, yang dipercayai berlaku semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.16 malam.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan berkenaan berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari dan kejadian tersebut turut dirakam menerusi satu rakaman video yang kini tular.
“Sehingga kini, kedua-dua individu terbabit masih belum membuat sebarang laporan polis dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 atau pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali di talian 012-342 9297.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 11:19 am
Polis siasat dakwaan tadika di Langkawi abai kanak-kanak, didakwa kunci dalam tandas
July 15, 2026, 3:31 pm
"Raba kemaluan depan wanita" – Warga asing ditahan orang awam di taman permainan Cyberjaya
July 14, 2026, 2:13 pm
Kes jenayah libat warga Rohingya meningkat di Kedah
July 13, 2026, 2:15 pm
Pengkritik bola sepak patah tulang mata lepas dipukul 2 suspek tak dikenali
July 7, 2026, 9:46 am
Bawa lima warga Myanmar, pemandu BMW rempuh tangki air lepas lari sekatan jalan raya
July 5, 2026, 1:43 pm
Tujuan hadiri majlis kahwin, 2 lelaki ditahan miliki cecair disyaki air ketum
July 5, 2026, 10:57 am
