Berita Politik
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
KUALA LUMPUR 27 Jan - UMNO setakat ini masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada bekas pemimpinnya, termasuk Khairy Jamaluddin, untuk menyertai semula parti berkenaan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sejak berakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, tiada sebarang permohonan diterima daripada mana-mana individu untuk kembali menyertai parti itu.
“Belum ada lagi permohonan daripada mana-mana,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek Projek Jiwa Madani Kementerian Pertahanan 2026 serta bantuan kit makanan kepada golongan kurang bernasib baik di Masjid An-Najwan, Kampung Cheng, hari ini.
Mengulas peranan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang diumumkan pada PAU baru-baru ini, Mohamed Khaled berkata, jawatankuasa berkenaan diwujudkan bagi menyatukan semula ahli serta pemimpin yang pernah meninggalkan parti, selain memperkukuh kerjasama politik dalam kalangan kelompok Melayu.
Menurutnya, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, pendekatan yang diberikan kepadanya adalah menerima dan meneliti permohonan mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menyertai UMNO sebelum mengemukakan sebarang syor kepada pucuk pimpinan parti.
“Tanggungjawab saya lebih tertumpu kepada aspek politik, khususnya membabitkan individu yang telah meninggalkan parti atau yang bertindak menikam parti dari belakang sebelum dipecat.
“Dalam perkara ini, saya perlu menilai secara teliti, bukan untuk membuat keputusan, sebaliknya mengemukakan syor kepada kepemimpinan parti,” katanya.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 11:56 am
PRN Melaka tapak baharu bina semula kekuatan PKR - Adam Adli
August 10, 2026, 8:31 am
PN bersedia berunding dengan BN bagi PRN Melaka, tidak babitkan Bersatu
August 9, 2026, 2:19 pm
Kemelut peruntukan tidak jejas persediaan PH hadapi PRN Melaka — Fahmi
August 4, 2026, 10:40 am
DAP diramal keluar Kerajaan Perpaduan tapi kekal sokong PM - Penganalisis
August 4, 2026, 7:34 am
Loke terima kekalahan di Chennah, dakwa kempen dipenuhi fitnah dan serangan peribadi
August 3, 2026, 10:36 am
BN-PN boleh tawan Perak, Pahang tanpa perlu tunggu PRU16
August 1, 2026, 9:22 pm
Selepas Negeri Sembilan, gelombang 'biru-biru pekat' akan menular ke Melaka - Ahmad Zahid
August 1, 2026, 8:57 pm
BN, PN bentuk kerajaan Negeri Sembilan secara tidak rasmi
August 1, 2026, 8:48 pm
Keputusan tidak rasmi: Anthony Loke tewas kepada MCA
July 31, 2026, 10:06 am
