Berita Jenayah
Berarak di Drawbridge, 33 penyokong Selangor FC dibawa ke mahkamah
KUALA TERENGGANU 2 Feb – Seramai 33 penyokong Selangor FC yang didakwa berarak sambil membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbridge) semalam dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini bagi permohonan reman.
Kesemua suspek dibawa ke mahkamah secara berperingkat bermula kira-kira pukul 10.15 pagi di bawah kawalan ketat polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kesemua 33 individu terbabit merupakan sebahagian daripada kira-kira 400 penyokong Selangor yang ditahan polis dalam operasi semalam.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk disoal siasat dan menjalani ujian air kencing.
“Penahanan dibuat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencetuskan kegusaran serta mengganggu ketenteraman awam di kawasan Drawbridge sekitar pukul 6.30 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular beberapa klip video di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dan menyalakan suar di atas jambatan ikonik itu.
Difahamkan, kumpulan berkenaan kemudiannya bergerak menuju ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, dijangka mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 2.30 petang hari ini bagi menjelaskan lanjut tindakan dan siasatan berkaitan insiden berkenaan.
Berita berkaitan
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
Ketua Geng Rames tumpas dalam penerbangan ke India hasil intipan Op Tiga
May 22, 2026, 4:21 pm
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
May 21, 2026, 8:54 pm
Kematian pegawai kanan JSJ Selangor diklasifikasi kes mati mengejut, tiada unsur jenayah
May 21, 2026, 8:42 pm
Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di hadapan kedai makan di Pekan Nanas
May 19, 2026, 11:05 am
