Berita Berita
Tapak pelupusan sisa setinggi enam meter terbakar, operasi padam hampir 10 jam
SEBERANG PERAI 9 Feb – Sebuah tapak pelupusan sisa pepejal dengan ketinggian kira-kira enam meter di Sungai Burung, Nibong Tebal di sini dilaporkan terbakar dalam satu kejadian pada malam tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar 8.13 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan kepada mana-mana individu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dengan bantuan BBP Sungai Bakap, Penanti dan Bayan Baru.
Menurut beliau, kebakaran berlaku di fasa tiga tapak pelupusan berkenaan yang mempunyai keluasan keseluruhan 32 ekar, dengan anggaran kawasan terbakar seluas 0.23 ekar.
“Api berjaya dikawal pada jam 10.13 malam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kerja-kerja pemadaman turut melibatkan proses memunggar sisa pepejal menggunakan dua jengkaut bagi membolehkan kaedah serangan terus (direct attack) dilaksanakan serta pembinaan fire break untuk menghalang api daripada merebak.
Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.29 malam, sebelum operasi overhaul diteruskan bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.51 pagi selepas pihak bomba memastikan kawasan tersebut selamat dan tidak mendatangkan sebarang bahaya lain,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Khamis lalu, JBPM Pulau Pinang mengambil masa hampir 20 jam untuk menjalankan kerja-kerja overhaul di lokasi kebakaran hutan di Bukit Bendera, Jalan Kebun Bunga bagi mengelakkan kejadian berulang.
Kebakaran tersebut melibatkan kawasan hutan berbukit seluas kira-kira 20 ekar.
Berita berkaitan
March 8, 2026, 2:57 pm
Mengingati MH370, 8 Mac, pencarian 12 tahun masih belum terjawab
March 8, 2026, 12:42 pm
Penumpang pikap maut dirempuh bas ekspres di Pekan
March 8, 2026, 12:28 pm
Suspek serang Zamri Vinoth direman 4 hari, polis buru beberapa individu lagi
March 8, 2026, 11:00 am
Jaga-jaga, JPJ guna dron ‘Zoom’ 200 kali kesan pesalah trafik hari raya ini
March 8, 2026, 9:58 am
PM ucap tahniah Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026, Azizulhasni raih emas Keirin
March 8, 2026, 8:50 am
Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac di UAE, Ramadan cukup 30 hari
March 7, 2026, 11:34 pm
Dua pegawai kanan, seorang anggota polis antara enam ditahan kes samun berkumpulan di Gombak
March 7, 2026, 8:51 pm
'Jangan politikkan kes hina al-Quran, beri ruang mahkamah tentukan' – Sivakumar
March 7, 2026, 6:51 pm
