Berita Jenayah
Wanita dakwa dicabul rakan serumah di Sentul
KUALA LUMPUR 24 Feb – Seorang wanita tempatan berdepan detik cemas apabila mendakwa dicabul rakan serumahnya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sentul, di sini awal pagi Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun pada jam 1.49 pagi.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai pengurus hotel di ibu negara sedang tidur di dalam biliknya sebelum didakwa dicabul oleh suspek.
“Mangsa mendakwa dicabul seorang lelaki warga India berusia 33 tahun yang turut menyewa bilik di rumah sama.
“Suspek melarikan diri selepas mangsa menjerit dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan Malaysia kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.
Berita berkaitan
March 5, 2026, 1:34 pm
Dua suspek lepaskan tembakan cedera dirempuh kenderaan di Taman Seri Kapar
March 2, 2026, 2:44 pm
'Pak guard' mengaku salah amang seksual, rogol dan liwat anak kandung usia 6 tahun
February 27, 2026, 11:16 am
Polis siasat dakwaan individu berpengaruh cuba sabotaj kestabilan negara
February 26, 2026, 5:21 pm
Polis buru suspek curi motosikal di Residensi Adelia, Bangi
February 24, 2026, 12:28 pm
Lima lelaki ditahan kes rusuh bersenjata di PPR Pinggiran Bukit Jalil
February 19, 2026, 2:25 pm
Lelaki menyamar wanita pecah masuk rumah sewa pelajar di Seksyen 7
February 19, 2026, 2:15 pm
Sindiket edar syabu RM1.56 juta tumpas di Lebuh Raya Utara–Selatan
February 11, 2026, 11:45 am
