Berita Jenayah
Lima lelaki ditahan kes rusuh bersenjata di PPR Pinggiran Bukit Jalil
CHERAS 24 Feb – Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes merusuh menggunakan senjata di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia awal 20-an berhubung kejadian itu.
“Pengadu mendakwa diserang sekumpulan lelaki menggunakan sebilah pisau dan kayu besbol,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berjaya menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 40-an pada hari sama, manakala tangkapan susulan dibuat dua hari kemudian.
“Hasil semakan mendapati tiga daripada lima suspek mempunyai beberapa rekod lampau jenayah.
“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kesemua suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas salah seorang suspek didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isteri pengadu.
“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 11:19 am
Polis siasat dakwaan tadika di Langkawi abai kanak-kanak, didakwa kunci dalam tandas
July 15, 2026, 3:31 pm
"Raba kemaluan depan wanita" – Warga asing ditahan orang awam di taman permainan Cyberjaya
July 14, 2026, 2:13 pm
Kes jenayah libat warga Rohingya meningkat di Kedah
July 13, 2026, 2:15 pm
Pengkritik bola sepak patah tulang mata lepas dipukul 2 suspek tak dikenali
July 7, 2026, 9:46 am
Bawa lima warga Myanmar, pemandu BMW rempuh tangki air lepas lari sekatan jalan raya
July 5, 2026, 1:43 pm
Tujuan hadiri majlis kahwin, 2 lelaki ditahan miliki cecair disyaki air ketum
July 5, 2026, 10:57 am
