Berita Berita
Pekerja pusat pemulihan dadah disyaki terima rasuah sebagai balasan bawa masuk barang terlarang untuk penghuni
KUALA TERENGGANU 2 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan reman seorang penjawat awam sebuah pusat pemulihan dadah di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM6,000 sebagai balasan membawa masuk barang terlarang untuk penghuni pusat berkenaan.
Perintah reman selama enam hari sehingga 7 Mac terhadap suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.
Menurut sumber, wanita berkenaan ditahan bersama seorang lagi suspek lelaki berusia lewat 40-an yang juga penjawat awam dan bertugas di pusat sama pada jam 12.30 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
Bagaimanapun, suspek lelaki dilepaskan dengan jaminan SPRM hari ini atas faktor kesihatan.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu secara berasingan antara September 2024 hingga Januari 2025 dengan meminta serta menerima wang rasuah daripada keluarga penghuni pusat pemulihan terbabit.
Mereka dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan ke akaun bank peribadi masing-masing serta akaun pihak ketiga.
Modus operandi yang digunakan adalah dengan membawa masuk barang terlarang ke pusat berkenaan melalui pembekalan makanan tengah hari.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Menurut beliau, siasatan menyeluruh akan diteruskan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat individu lain yang turut terbabit dalam kegiatan berkenaan.
Berita berkaitan
May 24, 2026, 1:09 pm
Pemain ragbi Sukma meninggal dunia semasa latihan
May 24, 2026, 12:42 pm
Nazri Prem Nasir angkat suara belia Malaysia ke pentas dunia, bantu lebih 15,000 komuniti
May 24, 2026, 12:10 pm
Lelaki ditemukan mati dalam kereta ada 20 rekod jenayah dan narkotik di Baling
May 24, 2026, 9:46 am
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan di Perak
May 24, 2026, 9:21 am
Malaysia juara dunia sepak takraw, Thailand tinggalkan gelanggang
May 23, 2026, 1:43 pm
Rayer menang saman fitnah, netizen diperintah bayar RM100,000
May 23, 2026, 1:08 pm
Malaysia perlu kurangkan kebergantungan kepada buruh asing - Anwar
May 23, 2026, 12:52 pm
Amirudin teruk dikecam jawab tak jumpa tanah untuk bina hospital awam baru di PJ
May 23, 2026, 10:23 am
Anwar hubungi Vijay Thalapathy, maklumkan kemungkinan ke Tamil Nadu
May 23, 2026, 9:33 am
